Sahabat PQ 06/07

Sahabat PQ 06/07

Panduan Seks - Hukum Onani Bagi Lelaki & Wanita

ISU PENDIDIKAN

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Kenalkah kita dengan Imam Hafs?

>> Sunday, April 26, 2009


Tahukah kita bahawa, al-Qur'an yang kita baca hari ini adalah mengikut bacaan riwayat Imam Hafs? Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar umat Islam masakini membaca al-Qur'an mengikut bacaan riwayat Imam Hafs.

Imam Hafs merupakan salah seorang daripada dua perawi qiraat Imam 'Asim al-Kufi. Beliau bertalaqqi dan bermusyafahah dengan Imam 'Asim secara terus tanpa melalui perantaraan sesiapa dan telah mengkhatamkan al-Qur'an beberapa kali berpandukan qiraat tersebut. Imam 'Asim bin Abi al-Najud (m. 127 H) pernah memberitahu beliau bahawa qiraat yang diajarkannya itu telah dipelajari daripada Abu Abd al-Rahman al-Sulami (m. 73 H) yang telah mempelajarinya daripada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a (m. 40 H), yang mempelajarinya pula daripada baginda Rasulullah saw.
Imam Hafs merupakan seorang imam yang alim, warak serta berilmu dan beliau begitu teliti dalam mempelajari ilmu bacaan al-Qur'an ini, sehingga memastikan kesahihan setiap kalimah dan huruf yang dipelajarinya daripada Imam 'Asim. Beliau juga merupakan seorang ilmuan qiraat yang begitu hebat dan masyhur pada zamannya. Ramai di klangan ulama' serta qurra' yang telah mempelajari ilmu qiraat daripada beliau dan antara yang terkenal ialah Ubaid bin al-Sabah, Amru bin al-Sabah, al-Fadhl bin Yahya al-Anbari, dan lain-lain lagi.

Manhaj atau kaedah bacaan beliau lebih senang serta mudah dipelajari dan dibaca jika dibandingkan dengan qiraat yang lain. Cuma satu perkara yang perlu diketahui ialah, sebagaimana qiraat yang lain, qiraat ini juga ada mempunyai dua jalan (tariq) bacaan iaitu Tariq al-Syatibi dan Tariq Ibn al-Jazari. Sangat perlu diketahui bahawa qiraat yang digunakan oleh kebanyakan umat Islam pada hari ini khususnya di Malaysia adalah berpandukan Tariq al-Syatibi.

Read more...

Perkenalkan Pendidikan Seks di kem PLKN pada tahun 2009?

>> Saturday, April 25, 2009

MALAYSIAKINI (18 Ogos 2008) - Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor BERNAMA.


Laa haula wala quwwata illa billah!!
Apakah kejutan yang ingin dibuat oleh pihak yang terlibat ini? Sudahkah mereka fikir semasak-masaknya dalam hal ini? Adakah keputusan ini dibuat setelah melalui proses penyeldikan dan kajian saintifik yang sistematik atau hanya cadangan sesetangah pihak sahaja? Tidak cukupkah mereka dengan apa yang telah berlaku di tahun-tahun sudah ketika PLKN?

Penulis berpandangan bahawa, pelaksanaan Pengenalan Pendidikan Seks ini akan mengundang perkara yang lebih buruk lagi kepada ribuan remaja yang menyertai kem ini. Walhal, perkara yang lebih penting dan paling utama adalah memberikan mereka pendidikan akhlak Islamiyyah dan membawa mereka mendekatkan diri kepada Allah, Rabb sekalian alam.

Wallahu a'lam.

Read more...

Perlunya Asuhan Agama


Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.

Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktor-faktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Dalam konteks ini ia bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar non-muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, meterialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau genster yang sering melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP