Sahabat PQ 06/07

Sahabat PQ 06/07

Panduan Seks - Hukum Onani Bagi Lelaki & Wanita

ISU PENDIDIKAN

DIARI SEORANG HAMBA

>> Thursday, October 29, 2009

Sesungguhnya, perjalanan ini terkadang mengelirukan. Tatkala bertanya Hati kepada Jasad, “siapakah dirimu”? Mulut yang rancak berbicara awalnya, diam seribu bahasa. Tubuh yang bebas, kaku serta merta. Tiada lagi lagu riang, tiada puji tiada kutukan, tiada lagi gerakan riang. Yang ada... hanyalah sunyi dan kaku sebagai pengganti.

Lalu datanglah si Yakin menjawab, “kitalah insan mulia, khalifah di muka bumi. Mulia kita diangkat oleh akal yang dijana oleh fikiran, hati dan taat yang mewakilkan pengabdian kepada ILAHI”.

Berkata lagi si Hati, “kau hanya tahu Jasadmu (fizikalmu) sahaja, maka beritahu aku tentang jiwamu wahai insan yang mulia”. Si Yakin lalu terdiam, mulutnya tertutup rapat. Kaku tertunduk kepada Hati.

Kemudian datang pula si Alim memberitahu, “jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kau lihat, tetapi bisa kau ketahui dengan pengetahuanmu yang mendalam. Kebenaran akan kewujudanmu ada di dalam jiwamu. Hal yang lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu”.

Hati selalu tertafsir dengan nafsu yang bijak dan terkadang rakus, lantas ia berulang tanya, “kalian benar-benar tahu siapa dirimu, lalu beritahu aku di mana letaknya kebahagiaan sejatimu”? Si Alim tunduk memandang lantai Hati.

Akhirnya, hadirlah si Alim Wal Yakin dengan sepenuh hatinya menjawab,

“Wahai Hati, selalu benar kita bicarakan, ‘aku memahami diriku’, sedangkan kita tahu itu suatu yang salah. Dan tiada salahnya kamu mahu memahami kewujudanmu, kerana hanya dengan mengenal dirimu maka kamu akan mengenal Rabbmu. Namun wahai Hati, jangan kau rakus dalam memahami, kerana keseluruhan hidupmu sebenarnya adalah pelayaran mengenal erti/fungsi diri. Engkau pengemudinya, jadi belajarlah untuk melayarinya dengan mutiara dirimu, ia ada di dalam dirimu. Mutiara itu adalah Iman. Kemudilah dengan Iman, ia manifestasi dari hakikat penghambaan kepada ILAHI. Jangan biarkan dirimu (Hatimu) mati dengan hanya mempersoalkan. Carilah dengan Iman, lakukanlah dengan ibadah dan amal solehmu. Kelak nanti, dengan izinNya, akan kau temui kesejatian dalam dirimu atas nama Yakinmu dengan hakikat penciptaan oleh ILAHI”.

Sesungguhnya waktu itu, Hati tertunduk malu dengan iman si Alim Wal Yakin. Fahamlah Hati, dalam memasuki kesejatian yang hakiki itu harus diiringi perbuatan zahir dan batin, agar kesedaran penciptaan menjadi nyata, selebihnya akan terserah kepada diri sendiri memilih jalan yang mana untuk menuju cintaNya.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP