Sahabat PQ 06/07

Sahabat PQ 06/07

Panduan Seks - Hukum Onani Bagi Lelaki & Wanita

ISU PENDIDIKAN

Kenalkah kita dengan Imam Hafs?

>> Sunday, April 26, 2009


Tahukah kita bahawa, al-Qur'an yang kita baca hari ini adalah mengikut bacaan riwayat Imam Hafs? Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar umat Islam masakini membaca al-Qur'an mengikut bacaan riwayat Imam Hafs.

Imam Hafs merupakan salah seorang daripada dua perawi qiraat Imam 'Asim al-Kufi. Beliau bertalaqqi dan bermusyafahah dengan Imam 'Asim secara terus tanpa melalui perantaraan sesiapa dan telah mengkhatamkan al-Qur'an beberapa kali berpandukan qiraat tersebut. Imam 'Asim bin Abi al-Najud (m. 127 H) pernah memberitahu beliau bahawa qiraat yang diajarkannya itu telah dipelajari daripada Abu Abd al-Rahman al-Sulami (m. 73 H) yang telah mempelajarinya daripada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a (m. 40 H), yang mempelajarinya pula daripada baginda Rasulullah saw.
Imam Hafs merupakan seorang imam yang alim, warak serta berilmu dan beliau begitu teliti dalam mempelajari ilmu bacaan al-Qur'an ini, sehingga memastikan kesahihan setiap kalimah dan huruf yang dipelajarinya daripada Imam 'Asim. Beliau juga merupakan seorang ilmuan qiraat yang begitu hebat dan masyhur pada zamannya. Ramai di klangan ulama' serta qurra' yang telah mempelajari ilmu qiraat daripada beliau dan antara yang terkenal ialah Ubaid bin al-Sabah, Amru bin al-Sabah, al-Fadhl bin Yahya al-Anbari, dan lain-lain lagi.

Manhaj atau kaedah bacaan beliau lebih senang serta mudah dipelajari dan dibaca jika dibandingkan dengan qiraat yang lain. Cuma satu perkara yang perlu diketahui ialah, sebagaimana qiraat yang lain, qiraat ini juga ada mempunyai dua jalan (tariq) bacaan iaitu Tariq al-Syatibi dan Tariq Ibn al-Jazari. Sangat perlu diketahui bahawa qiraat yang digunakan oleh kebanyakan umat Islam pada hari ini khususnya di Malaysia adalah berpandukan Tariq al-Syatibi.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP